GET UP TO 7% OFF ON YOUR PREMIUM INSURANCES + FREE ALL DRIVER COVERAGE

Terma dan Syarat Promosi CNY

Penting: Sila baca syarat ini dengan teliti. Dengan menyertai Promosi, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang disenaraikan di bawah.

 

 

Promosi ini dianjurkan oleh Lexis Safeguard Sdn Bhd 202101021662 (1421962-K); selepas ini dirujuk sebagai “Jomm”. Jomm mempunyai hak mutlak untuk menarik balik, meminda, dan/atau mengubah terma dan syarat Promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal kepada peserta, termasuk membatalkan kelayakan atau menolak peserta yang dianggap tidak layak untuk Promosi. Jomm berhak melanjutkan tempoh Promosi. Sebarang perubahan tersebut akan diumumkan di laman web Jomm https://www.jomm.com.my/. Keputusan Jomm tentang semua perkara yang berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat.

 

 

Terma dan Syarat Promosi CNY
1. Sah dari 19 Januari 2022 – 15 Februari 2022, kedua-dua tarikh dikira (“Tempoh Promosi”) atau tempoh lain yang mungkin ditentukan oleh Jomm dengan notis awal tidak kurang dari tujuh (7) kalendar hari.

2. Kempen ini dibuka untuk pemegang polisi yang berjaya membeli insurans motor komprehensif yang sah semasa Tempoh Promosi, termasuk pembelian atau pembaharuan polisi insurans. Tiada premium minimum atau jumlah diinsuranskan diperlukan.

3. Setiap polisi yang layak akan mendapat Touch ‘n Go eWallet Reload PIN (TNG eWallet Reload PIN) bernilai RM5 secara automatik.

4. Selepas pembelian insurans motor komprehensif yang sah, peserta dikehendaki untuk “like” halaman Facebook Jomm dan tuliskan review anda di halaman Facebook Jomm, kemudian hantar tangkapan skrin review anda kepada pelanggan sokongan kami melalui WhatsApp/Messenger/E-mel  untuk mendapatkan “extra” Touch ‘n Go eWallet Reload PIN (TNG eWallet Reload PIN) bernilai RM5.

5. Pemegang polisi yang layak akan mendapat Touch ‘n Go eWallet Reload PIN dalam tempoh 10 hari bekerja selepas berjaya membeli insurans motor komprehensif yang sah semasa Tempoh Promosi.

6. Pembelian polisi peserta tertakluk kepada Terma & Syarat Jomm.

7. Jomm mempunyai hak mutlak untuk mengubah syarat Promosi, menarik balik atau menghentikan Promosi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal kepada pesertaKeputusan Jomm tentang semua perkara yang berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat.

8. Jomm tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak yang menyertai atau pihak ketiga untuk sebarang kos, perbelanjaan, kerosakan, liabiliti dan/atau kecederaan yang timbul atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan promosi ini.

9. Pembatalan atau Pengendorsan yang dilakukan atau diurus niaga semasa tempoh Promosi akan melarang pemegang polisi daripada layak untuk Promosi.

10. Promosi ini boleh dijialan dengan Diskaun atau Promosi Jomm yang lain.

11. Keputusan Jomm tentang semua perkara yang berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat.

12. Terma dan syarat ini hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia.

 

Versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Promosi ini akan mengawal dalam semua aspek dan akan diguna pakai sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi terjemahan.