Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”)
Perlindungan Data Peribadi
Berdasarkan syarat-syarat Undang-Undang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), kami mengeluarkan Notis ini untuk memaklumkan anda mengenai pengurusan maklumat peribadi yang akan diminta untuk memberikan kepada kami.
Notis ini menerangkan bagaimana kami mengumpulkan, memproses dan menyebarkan data peribadi. “Data Peribadi” merangkumi tetapi tidak terhad kepada jenis maklumat yang dapat digunakan untuk mengenalipasti anda seperti nama, nombor telefon, kewarganegaraan, perincian bank, alamat e-mel, nombor IC, tarikh lahir, maklumat pekerjaan, maklumat kewangan, bangsa, agama dan / atau status perkahwinan.
Dengan menyerahkan data peribadi anda, anda mengesahkan bahawa anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi kami berikutan dengan Notis ini.
TUJUAN KITA MENGUMPULKAN DATA PERIBADI ANDA
LEXIS SAFEGUARD SDN BHD (Company No. 202101021662 (1421962-K) (“JOMM”) akan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
(i) mengesahkan identity anda;
(ii) Komunikasi dengan anda yang termasuk menjawab soalan anda;
(iii) Bagi setiap tujuan yang berkaitan atuapun selaras dengan perniagaan JOMM;
(iv) Untuk menjemput anda untuk menghadiri acara yang kita berpendapat bahawa anda akan berminat;
(v) Untuk memberikan dan bertambah baik perkhidmatan kami yang diberikan kepada anda;
(vi) Di mana ia merupakan keperluan di bawah undang-undang;
(vii) untuk melaksanakan perkhidmatan kami di mana diperlukan oleh anda;
(viii) supaya memproses pembayaran ataupun transaksi kredit;
(ix) Untuk mengirimkan kepada anda kemas kini, bahan dan atau penerbitan yang berkaitan dengan perniagaan JOMM; dan
(x) Untuk mana tujuan seperti yang diarahkan ataupun dipersetujui oleh anda.
PEMBEKALAN DATA PERIBADI ANDA KEPADA KAMI
Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan daripada kamu adalah seperti yang telah dibekalkan oleh anda secara sukarela ketika proses daftar baru melalui applikasi mudah alih dan/atau laman web. Contohnya ini akan merangkumi tetapi tidak terhad kepada nama, nombor hubungan, alamat e-mel, nombor Kad Pengenalan, poskod, kad pengenalan polis, kad pengenalan tentera, maklumat syarikat (nombor pendaftaran perniagaan), nombor plat kereta, model kereta, salinan cukai jalan anda, salinan sijil pemilikan kenderaan JPJ dan nota perlindungan insurans motor.
Harap maklum bahawa ia berkemungkinan diperlukan di bawah undang-undang bagi kami untuk mengumpulkan data peribadi anda dalam keadaan tertentu, di mana sekiranya anda gagal membekalkan data peribadi anda yang diperlukan, kita berkemungkinan tidak dapat mengadakan perjanjian yang sah dengan anda dan ini akan menjejaskan penggunaan aplikasi mudah alih dan/atau laman web kami.
DATA PERIBADI SENSITIF
Mungkin ada ketikanya di mana kita diminta mengumpulkan data peribadi sensitif daripada anda. Ini termasuk tetapi tidak terbatas pada bangsa anda, kepercayaan agama, informasi latar belakang, jenis darah, maklumat kesihatan dan / atau data biometrik jika diperlukan. Sekiranya kami diminta untuk mengumpulkan data peribadi anda yang sensitif, kami akan mendapatkan persetujuan nyata anda dengan mematuhi segala undang-undang yang berkenaan.
SEKURITI
Kami akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan selamat, jika dapat dilaksanakan, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk mengelakkan pemprosesan data peribadi anda secara tidak sah atau menyalahi undang-undang termasuk kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak sah atau tidak sengaja, atau kemusnahan.
PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA
Data Peribadi anda mungkin didedahkan:
(i) Sekiranya pendedahan tersebut diperlukan untuk melaksanakan kewajipan pihak kami dalam atau berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kami yang diminta oleh anda; atau
(ii) Kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, ejen dan organisasi lain yang telah kami mengupah untuk melaksanakan salah satu tujuan seperti yang terkandung dalam Notis ini.
PENGEKALAN DATA
Data peribadi anda yang diberikan kepada kami tidak akan disimpan lebih lama daripada yang diperlukan. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan semua data peribadi akan dimusnahkan atau dihapuskan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan untuk penyimpanan rekod transaksi yang anda terlibat.
AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA
Jika anda ingin mengakses, membuat sebarang pertanyaan atau membetulkan data peribadi anda, anda boleh memaklumkan kepada kami di yang berikut:
Alamat : 3A-1, UOA Corporate Tower,
Lobby B, Avenue 10, The Vertical, 8,
Jalan Kerinchi, Bangsar South,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon : +60392122676
Emel : enquiry@jomm.com.my
KEENGANAN UNTUK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI
Sekiranya anda tidak dapat dan/ atau enggan untuk membekalkan mana satu infornati di atas kepada JOMM, ia mungkin akan mengakibatkan JOMM tidak dapat menghubungi kamu.
KONFLIK
Sekiranya terdapat sebarang konflik antara bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan Notis ini, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
PERUBAHAN
Notis ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Dengan meneruskan mengguna perkhidmatan dengan kami atau berkomunikasi dengan kami selepas sebarang pindaan kepada Notis ini, ia akan mengesahkan dan menandakan penerimaan anda terhadap pindaan kepada Notis ini.
Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel atau dengan poskan Notis pembaharuan di laman web kami sekiranya kami membuat perubahan yang material pada Notis ini.

Operation Hour
Monday to Friday:
9:00AM – 7:00PM
Saturday to Sunday:
10:00AM – 7:00PM
(Closed on public holiday)
© Lexis Safeguard Sdn Bhd 202101021662 (1421962-K). All rights reserved.